PENGHAYATAN AKIDAH

Tuesday, November 25, 2008


Antara penghayatan konsep akidah ialah:


Yakin dengan kewujudan Allah S.W.T dan

sentiasa mentaatiNya.


Berusaha menjaga kesucian iman dengan

meningkatkan amal soleh.


Berdoa kepada Allah S.W.T supaya mantapkan iman.



Tahukan anda?


Nama-nama lain ilmu akidah ialah:


Ilmu Kalam


Ilmu Ma’rifah


Ilmu tauhid


Ilmu Usuluddin




Rujukan:
Konsep-konsep Umum Islam. Abu 'Urwah (2003).
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Satu. Dewan Bahasa dan Pustaka (2003).


HUBUNGAN AKIDAH DENGAN SYARIAT

Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna mengandungi aspek akidah dan syariat.

Akidah ialah kepercayaan di dalam hati tentang kewujudan Allah S.W.T, malaikat, kitab, rasul-rasul, hari akhirat serta qada’ dan qadar.

Syariat pula ialah peraturan dan hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T samada perkara yang berkaitan dengan suruhan atau tegahan.


Kedua-duanya berhubung rapat antara satu sama lain. Akidah dan syariat dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seseorang mukmin. Jika diabaikan salah satu daripadanya maka tidak sempurnalah iman seseorang.

Teliti hubungan akidah dan syariat dalam jadual berikut:


Rujukan:
Asas-asas Islam. Abu'l A'la al-Maududi (2006).
Hadith 40: Syarahan Dan Terjemahannya. Mustafa 'Abdul Rahman (2005).
Konsep-konsep Umum Islam. Abu 'Urwah (2003).
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Satu. Dewan Bahasa dan Pustaka (2003).


AKIDAH YANG BERTERASKAN ‘ALAM SYAHADAH

‘Alam syahadah ialah setiap kejadian alam yang dapat dilihat, diperhati dan dikaji oleh pancaindera seperti pokok, gunung-ganang, matahari, bulan, bintang dan sebagainya yang menjadi bukti tentang kewujudan Allah S.W.T dan kekuasaanNya.

Adakah akal kita dapat menerima jika ada orang mengatakan bahawa matahari terjadi dengan sendirinya atau dicipta oleh makhluk lain. Sudah tentu kita akan menjawab tidak mungkin kerana alam yang indah, unik dan teratur perjalanannya ini sudah pasti tidak terjadi dengan sendiri.

Oleh itu, jika kita dapat menggunakan pancaindera untuk memerhati dan berfikir tentang kejadian alam ini, sudah tentu kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah S.W.T akan bertambah mantap dan kukuh.

Firman Allah S.W.T:


61. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi, dan Yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". maka Bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?

(Surah al-‘Ankabuut: 61)



Rujukan:
al-Quran dan Tafsir.
Konsep-konsep Umum Islam. Abu 'Urwah (2003).
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Satu. Dewan Bahasa dan Pustaka (2003).