AKIDAH YANG BERTERASKAN ‘ALAM SYAHADAH

Tuesday, November 25, 2008

‘Alam syahadah ialah setiap kejadian alam yang dapat dilihat, diperhati dan dikaji oleh pancaindera seperti pokok, gunung-ganang, matahari, bulan, bintang dan sebagainya yang menjadi bukti tentang kewujudan Allah S.W.T dan kekuasaanNya.

Adakah akal kita dapat menerima jika ada orang mengatakan bahawa matahari terjadi dengan sendirinya atau dicipta oleh makhluk lain. Sudah tentu kita akan menjawab tidak mungkin kerana alam yang indah, unik dan teratur perjalanannya ini sudah pasti tidak terjadi dengan sendiri.

Oleh itu, jika kita dapat menggunakan pancaindera untuk memerhati dan berfikir tentang kejadian alam ini, sudah tentu kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah S.W.T akan bertambah mantap dan kukuh.

Firman Allah S.W.T:


61. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi, dan Yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". maka Bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?

(Surah al-‘Ankabuut: 61)



Rujukan:
al-Quran dan Tafsir.
Konsep-konsep Umum Islam. Abu 'Urwah (2003).
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Satu. Dewan Bahasa dan Pustaka (2003).


0 comments: